Friday, December 30, 2011

KEJAMNYA



AKU TERPANGGIL UNTUK PAPARKAN CERITA DARI PETIKAN AKHBAR HARIAN METRO HARI INI...

BUTTERWORTH: Hanya kerana dua anaknya dikatakan nakal dan tiada orang menjaga mereka, seorang bapa bertindak kejam apabila mengurung kedua-dua kanak-kanak itu di dalam tandas dalam keadaan kaki mereka dirantai di sebuah rumah di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini, kelmarin.
Mujur penderitaan dua beradik, lelaki berusia dua tahun dan perempuan enam tahun, tidak lama apabila jeritan meminta tolong mereka disedari jiran sebelum kedua-duanya diselamatkan pada jam 8 malam selepas kira-kira lima jam dikurung.
Difahamkan, bapa mereka yang berusia 40-an, keluar bekerja pada jam 3 petang, namun sebelum meninggalkan rumah dia mengurung dua beradik itu di dalam tandas rumah mereka yang kotor serta busuk, malah kaki kanak-kanak itu turut diikat menggunakan rantai besi.

Disebabkan lapar, kesakitan serta tidak tahan dengan persekitaran yang kurang selesa selepas lima jam dikurung, dua beradik itu menjerit meminta tolong dan bernasib baik apabila jeritan mereka didengari jiran.

"KALAU IYER PUN NAK CARI DUIT X KAN LA MCM NIH GAYANYA BUAT ANAK..PADA AKU INI TERLALU KEJAM..KESIANNYA BUDAK2 TUH..WALAUMCMANA NAKAL PUN ANAK2 KITA BOLEH BUAT DENGAN CARA YANG BETUL...ANAK AKU PUN NAKAL JUGAK TP AKU X TERGAMAK BUAT DIORANG MCM NIH..YALLAH YA TUHANKU..TETAPKAN LAH IMANKU YALLAH DALAM MENGHADAPI DUGAAN YANG ENGKAU TELAH BERIKAN PADAKU...MOGA CERITA INI DI JADIKAN IKTIBAR PADA KITA SEMUA...KUNCI UTAMA ADALAH IMAN YANG KUAT DALAM MENGHADAPI LUMRAH KEHIDUPAN..JIKA IMAN TIDAK KUAT MCM INI LA JADINYA..SIFAT TIMBANG RASA DAN PERI KEMANUSIAAN MUDAH HILANG..NAUZUBILLAH...SAMA2 KITA RENUNGKAN...SUBHANALLAH...

No comments:

Post a Comment